Kuki Pengubahsuaian Terakhir: 21 Mei 2018

Kuki dan teknologi lain yang digunakan oleh Zynga dan rakan kongsinya

Apakah itu Kuki?

Kuki adalah kepingan data yang boleh ditetapkan dalam pelayar anda dan cakera keras peranti oleh laman web yang anda layari. Terma ini boleh digunakan untuk merujuk kepada teknologi lain yang, apabila digunakan dalam cara tertentu, boleh menjejaki tingkah laku dalam talian pengguna.

Kuki boleh ditetapkan oleh pemilik laman web (dalam kes ini, kami, Zynga). Kuki ini dipanggil sebagai “kuki pihak pertama”. Kuki boleh juga ditetapkan oleh pihak ketiga selain daripada Zynga, ini dipanggil “kuki pihak ketiga”. Kuki pihak ketiga membolehkan ciri-ciri atau fungsi pihak ketiga (cth., pengiklanan, kandungan interaktif dan analitis) disediakan pada atau melalui laman web. Pihak yang menetapkan kuki pihak ketiga ini boleh mengenali peranti anda apabila anda melayari laman web tersebut dan juga apabila anda melayari sesetengah laman web yang lain.

Zynga dan rakan kongsi pihak ketiganya menggunakan kuki dan sesetengah teknologi yang sama untuk menyokong dan mempertingkatkan pengalaman permainan yang kami tawarkan. Sesetengah teknologi ini digunakan untuk mengenal pasti pengguna apabila mereka berada dalam permainan Zynga dan teknologi lain mungkin digunakan untuk menjejaki pengguna yang unik. Notis ini menerangkan teknologi yang kami gunakan, termasuk cara teknologi tersebut berfungsi, tujuan kami untuk menggunakan dan pilihan anda berkenaan penggunaan teknologi tersebut.

Teknologi yang digunakan oleh Zynga dan Pihak Ketiga

Objek Dikongsi Tempatan (LSOs), yang juga dikenalpasti sebagai “Kuki Kilat” adalah digunakan untuk:

  • Mengenal pasti peranti supaya kami boleh mencegah dan bertindak balas terhadap penipuan atau aktiviti lain yang tidak sah.
  • Menyimpan kecenderungan permainan supaya kami boleh memberikan pengalaman permainan yang anda ingini. Kecenderungan ini memberitahu kami tentang maklumat seperti sama ada anda inginkan muzik dihidupkan atau dimatikan atau sama ada anda ingin kami menyembunyikan sesetengah meja permainan daun terup Zynga apabila anda melawat ruang legar.
  • Menyimpan aset permainan (fail) dalam peranti anda supaya anda boleh mempunyai masa pemuatan yang lebih pantas.

Sekiranya anda tidak ingin menyimpan Kuki Kilat dalam peranti anda, anda boleh melaraskan tetapan pemain Flash anda untuk menghalang storan Kuki Kilat dengan menggunakan alatan yang terkandung dalam “Panel Tetapan Storan Laman Web”. Anda juga boleh mengawal Kuki Kilat dengan mengakses “Panel Tetapan Storan Global“ dan mengikut arahan, yang mungkin termasuk arahan yang menjelaskan, contohnya, cara untuk memadamkan Kuki Kilat sedia ada (dirujuk sebagai “maklumat” dalam laman web Macromedia), cara untuk mengelakkan LSO Flash daripada ditempatkan dalam komputer anda tanpa keizinan anda dan (untuk Pemain Flash 8 dan berikutnya) cara untuk menghalang Kuki Kilat yang tidak dihantar oleh pengendali laman yang anda layari pada masa itu.

Sila maklum bahawa penetapan Pemain Flash untuk mengehad atau menyekat penerimaan Kuki Kilat mungkin mengurangkan atau menghalang fungsi sesetengah aplikasi Flash, termasuk, kemungkinan, aplikasi Flash yang digunakan berhubung dengan perkhidmatan atau kandungan dalam talian Zynga.

Kuki Pelayar digunakan oleh Zynga terutamanya untuk:

  • Mengenal pasti pengguna tertentu dan menjejak sama ada mereka masih melog masuk (Pengesahan).
  • Menyesuaikan kandungan laman dan mengingati kecenderungan laman.

Terdapat beberapa cara untuk menguruskan kuki pelayar pada peranti anda. Kebanyakan pelayar utama menawarkan pilihan sama ada dan cara untuk anda menerima kuki akan datang dan untuk memadamkan kuki yang sedia ada pada peranti anda. Kuki pelayar yang berada dalam peranti anda akan bergantung kepada pelayar yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Zynga. Berikut ialah pautan ke maklumat berkenaan dengan cara anda boleh mengawal kuki pelayar anda daripada beberapa pelayar utama: Chrome, Firefox, Safari, Internet Explorer.

Tambahan pula, terdapat beberapa pemalam pelayar yang tersedia untuk pengguna web yang ingin dimaklumi dengan lebih baik dan mempunyai kawalan yang lebih ke atas kuki dan teknologi yang sama. Dua jenis pemalam yang popular ialah Ghostery dan Abine.

Beacon, Tag Piksel dan Gif Jelas adalah semua terma untuk teknologi yang sama yang biasanya berfungsi dalam kaedah yang sama. Rentetan kecil (perisian) kod ini menjejaki peristiwa seperti masa lawatan pengguna ke laman atau membuka e-mel. Kod ini digunakan oleh Zynga untuk mengukur keberkesanan kempen e-mel kami, menyampaikan kandungan yang lebih relevan dan menguruskan pengiklanan untuk permainan Zynga. Dalam kebanyakan keadaan, beacon, tag piksel, dan gif jelas berfungsi bersama-sama dengan kuki untuk berfungsi dengan sempurna, dan menolak kuki akan melemahkan fungsi kod.

Analitis

Zynga menganalisis trafik dan aktiviti pengguna akhir lain untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna. Zynga dan pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan mungkin menggunakan fail log pelayan web dan teknologi penjejakan untuk mengumpul dan menganalisis sesetengah jenis maklumat teknikal, seperti kuki, alamat IP, jenis peranti dan maklumat penggunaan, termasuk tempoh masa yang diluangkan pada halaman tertentu atau bilangan klik. Kuki ini membantu kami memahami keberkesanan laman web, perkhidmatan dan/atau kempen pemasaran kami.

Rakan kongsi analitis kami menggunakan kuki pelayar untuk menghasilkan statistik tentang pelawat laman web, seperti bilangan paparan halaman atau masa trafik puncak. Rakan kongsi analitis kami termasuk tanpa had pihak ketiga yang berikut. Sila ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang dasar privasi dan pilihan untuk menarik diri yang ditawarkan oleh pihak ketiga ini.

Iklan untuk Permainan Zynga (Zynga sebagai Pengiklan)

Zynga bekerjasama dengan penerbit dan rangkaian pengiklanan (“Rakan Kongsi Pengiklanan”) untuk menyampaikan iklan berdasarkan kepada minat kepada pengguna yang telah melayari laman Zynga, bermain permainan Zynga, mengakses kandungan Zynga (termasuk video) atau sebaliknya menggunakan perkhidmatan Zynga (“Pengguna Zynga”). Amalan ini biasanya dirujuk sebagai “pengiklanan tingkah laku dalam talian” atau “pengiklanan disasarkan”. Rakan Kongsi Pengiklanan kami menggunakan perisian yang mengenal pasti piksel dan kuki (pengecam) yang ditempatkan dalam pelayar Pengguna Zynga. Apabila perisian iklan mengenal pasti pengecam ini, perisian tersebut menyampaikan iklan untuk produk dan perkhidmatan Zynga kepada Pengguna Zynga yang melayari laman web lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pengiklanan tingkah laku berfungsi dan kebolehan anda untuk menarik diri, sila layari Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NIA), Persekutuan Pengiklanan Digital (DAA) atau Pilihan Dalam Talian Anda.

Iklan untuk Laman dan Perkhidmatan Lain (Zynga sebagai Penerbit)

Kami menggunakan pengiklanan untuk membolehkan kami menawarkan sesetengah permainan kami, ciri-ciri permainan dan perkhidmatan lain secara percuma. Rakan Kongsi Pengiklanan kami mungkin menempatkan kuki dalam peranti anda untuk menyampaikan iklan berdasarkan minat melalui perkhidmatan kami. Kebanyakan iklan yang disampaikan dalam produk Zynga akan termasuk satu ikon di satu hujung unit iklan yang anda boleh klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan tersebut, sebab anda menerima iklan dan cara untuk menghentikan penerimaan iklan berdasarkan minat daripada rangkaian iklan tersebut. Ikon itu lazimnya berbentuk satu segi tiga yang menunjuk ke arah kiri tetapi boleh juga menjadi huruf kecil “i” dalam satu bulatan. Di samping ikon itu, semua produk berdasarkan web Zynga mempunyai pautan “AdChoices” di bawah halaman yang anda boleh klik untuk mendapatkan maklumat yang sama.

Piksel Penjejakan, Beacon Web, Tag Piksel, dan Kuki Pelayar – ini adalah rujukan kepada teknologi yang kami benarkan untuk ditetapkan dan dibaca oleh individu lain dalam perkhidmatan kami. Teknologi ini mungkin digunakan untuk mengenal pasti minat dan tingkah laku pengguna web dan menyasar iklan kepada mereka berdasarkan minat tersebut. Teknologi ini juga digunakan untuk mengehadkan bilangan masa bagi seseorang pengguna boleh melihat iklan yang khusus atau menghalang sesetengah iklan daripada ditunjukkan sama sekali. Sila layari NAI or DAA untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengiklanan tingkah laku, pilihan anda dan cara data anda akan digunakan oleh rangkaian pengiklanan yang turut serta.

Iklan Disampaikan dalam Apl Mudah Alih (Zynga sebagai Pengiklan dan Penerbit)

Apabila anda bermain permainan mudah alih kami, kami atau Rakan Kongsi Pengiklanan kami mungkin menggunakan satu atau lebih pengecam berbeza untuk peranti mudah alih anda, termasuk Pengecam Apple Untuk Pengiklanan (IDFA) atau ID Pengiklanan Android (AAID), untuk menyasar dan menyampaikan iklan kepada anda dalam permainan kami atau dalam apl lain. Ini bermakna pengecam peranti anda mungkin diakses oleh rangkaian pengiklanan pihak ketiga dan digunakan untuk (a) membantu menguruskan bilangan dan jenis iklan yang anda lihat; (b) menjejaki sumber pemasangan yang berkaitan dengan iklan yang dilihat dalam apl lain; dan (c) mengenal pasti minat dan tingkah laku anda dan menyasarkan pengiklanan kepada anda berdasarkan minat dan tingkah laku tersebut.

Sekiranya anda tidak mahu menerima iklan dalam aplikasi yang berdasarkan minat dalam peranti mudah alih anda, anda boleh melaraskan tetapan penjejakan iklan dalam peranti anda (seperti memasang “Hadkan Penjejakan Iklan”). Anda juga boleh menetapkan semula “Pengecam Pengiklanan” (seperti IDFA) daripada halaman tetapan peranti mudah alih anda, yang akan menghalang penggunaan data tingkah laku sedia ada yang terikat kepada “Pengecam Iklan” anda yang terdahulu. Tambahan pula, bergantung kepada platform pembekal (seperti Apple atau Google), anda boleh memuat turun aplikasi, seperti aplikasi Persekutuan Pengiklanan Digital “AppChoices”, yang menawar untuk memberi anda kawalan berkenaan pengumpulan dan penggunaan data aplikasi silang untuk pengiklanan tingkah laku.

Mengawal Kuki

Seperti yang kami telah jelaskan di atas, anda oleh mengawal kuki dan teknologi lain yang serupa dengan menggunakan peralatan seperti yang digambarkan di atas. Sekiranya anda memilih untuk menolak kuki, walaupun anda masih boleh menggunakan perkhidmatan Zynga, akses anda kepada sesetengah fungsi dan bidang perkhidmatan kami mungkin disekat.

Soalan?

Sekiranya anda mempunyai soalan tentang penggunaan kuki atau teknologi lain atau tentang cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, sila rujuk kepada Dasar Privasi kami. Sekiranya anda masih mempunyai soalan selepas membaca dasar tersebut, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di privacy@zynga.com (link sends e-mail).